Pembentangan kertas kerja penubuhan WARISAN
Pada 29 Oktober 2017, AJK Penaja Warisan yang diwakili oleh Puan Novriza Arif (Penasihat/Penaung), Puan Khadijah Gani (Setiausaha) dan Tuan Muhammad Mu'adz (Naib Setiausaha) telah berjumpa Tuan Pengetua SMKA Johor Bahru Ustaz Azhar dan Ustaz Azmi bin Mamat untuk membincangkan kertas kerja penubuhan Warisan sebelum didaftarkan secara rasmi di ROS.
Alhamdulillah, Ustaz Azhar menyambut baik segala cadangan seperti yang dikemukan di dalam kertas kerja tanpa sebarang pindaan.
Ustaz Azhar juga mengalu-alukan penubuhan rasmi Warisan bagi tujuan mengumpulkan kembali semua bekas pelajar, guru dan kakitangan SMKAJB dan Kolej Tunku Ampuan Mariam yang terdahulu agar lebih banyak lagi program dan kerjasama yang dapat dilakukan di sekolah secara aktif di masa hadapan.
Kami juga dibawa melihat bilik khas yang disediakan pihak sekolah untuk Warisan.
Di dalam mesyuarat ini kami telah menerima kebenaran dan persetujuan Ustaz Azhar serta pihak sekolah untuk meneruskan proses pendaftaran Warisan ke ROS dan memberi kebenaran untuk mengadakan Mesyuarat AJK Penaja bagi meluluskan perlembagaan dan minit mesyuarat yang akan diadakan pada 4 November ini. Insha Allah.
Comments
Post a Comment