Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Penaja Warisan Alumni SMKAJB
Minit Mesyuarat Penubuhan Warisan SMKA Johor Bahru 2017
Tarikh : 4 November 2017
Hari : Sabtu
Masa : 2.30 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat Guru Penolong Kanan, SMKA Johor Bahru.
Kehadiran :
1. Tuan Shahrul Bazli bin Md Othman (Wakil Batch SPM 1998)
2. Puan Novriza bt Mohd A’arif (Wakil Batch SPM 1998)
3. Tuan Ridhuan Syukri bin Raupon (Wakil Batch SPM 1999)
4. Puan Siti Rabi’aah @ Siti Adawiah bt Hatmin (Wakil KTAM PMR 1997)
5. Puan Nurkhadijah bt Ab. Gani (Wakil Batch SPM 1999)
6. Tuan Muhammad Mu’adz bin Ab Rahman (Wakil Batch SPM 1999)
7. Puan Nurulsalwan bt Sudirman (Wakil Batch SPM 1999)
8. Puan Norazilah bt Taib (Wakil Batch SPM 1999)
9. Puan Salwa bt Abdul Kohar (Wakil KTAM PMR 1997)
Turut hadir :
1. Tuan Haji Azhar bin Tumin (Pengetua SMKA Johor Bahru)
Agenda mesyuarat :
1. Ucapan Pengerusi Penubuhan
Tuan Ridhuan Syukri Raupon yang dilantik selaku pengerusi mesyuarat telah
mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir pada petang ini bagi
tujuan mengadakan mesyuarat untuk kerja-kerja pendaftaran penubuhan
alumni SMKAJB ke Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia.
Beliau menerangkan matlamat mengadakan mesyuarat ini untuk menubuhkan
satu jawatankuasa induk bagi tujuan sebaran maklumat daripada pihak sekolah
kepada alumni dapat diwujudkan dan disatukan secara sekata serta segala
bentuk sumbangan dan bantuan ke sekolah dapat dipergiatkan melalui
kesemua ahli. Selain itu, melalui penubuhan alumni yang berdaftar secara
rasmi ini akan memudahkan satu akaun khas diwujudkan bagi tujuan
pengumpulan dana yang menyeluruh daripada semua batch alumni untuk
disalurkan secara berkala dan kekal bagi tujuan kebajikan dan kegunaan pihak
sekolah.
2. Ucapan Tuan Pengetua SMKA Johor Bahru
Tuan Pengetua, Haji Azhar bin Tumin mengalu-alukan kehadiran semua yang
dapat meluangkan masa dan turut serta dalam usaha ini. Beliau sudi
bekerjasama memberikan semua bentuk kemudahan untuk alumni
menjalankan sebarang aktiviti ataupun mesyuarat di sekolah pada bila-bila
masa termasuk menyediakan sebuah bilik khas yang selesa bagi kegunaan
alumni. Beliau berharap selepas ini alumni dapat turut membantu
pelajar-pelajar di sini serta bekerjasama secara aktif dengan pihak sekolah
melalui banyak aspek.
3. Meluluskan Nama Dan Alamat Penubuhan
Mesyuarat telah membincangkan tentang nama pertubuhan dan bersetuju
dengan sebulat suara dengan nama : “Warisan” atau “Warisan Alumni
SMKAJB” atau “Warisan SMKAJB” dan alamatnya bertempat di SMKA Johor
Bahru, Jalan Anggerik 21, Taman Johor Jaya, 81100 Johor Bahru, Johor.
4. Perlembagaan Pertubuhan
Mesyuarat telah berbincang perlembagaan pertubuhan dan dengan sedikit
pindaan iaitu :
4.1 Fasal 7 - Yuran keahlian adalah RM100 seumur hidup dimana RM50
dimasukkan sebagai tabung alumni dan lagi RM50 akan dijadikan sebagai
tabung kebajikan sekolah.
4.2 Fasal 9 - Jawatankuasa ditambah dengan satu lagi jawatankuasa iaitu
Penolong Bendahari yang bertugas sebagai menolong Bendahari menjalankan
kerja-kerjanya dan memangku jawatan itu semasa ketiadaan Bendahari (Fasal
10).
4.3 Fasal 12 - Pemeriksa kira-kira (juruaudit) merupakan dua orang yang
juga pegawai pertubuhan. Buang perkataan “bukannya”.
Perlembagaan telah diluluskan oleh semua ahli yang hadir.
5. Perlantikan Ahli Jawatankuasa Penubuhan
Ahli-ahli seperti berikut telah dipilih:
Penasihat 1 : Shahrul Bazli bin Md Othman
Penasihat 2 : Novriza bt Mohd A’arif
Pengerusi : Ridhuan Syukri bin Raupon
Timbalan Pengerusi : Siti Rabi’aah @ Siti Adawiah bt Hatmin
Setiausaha : Nurkhadijah bt Ab. Gani
Penolong Setiausaha : Muhammad Mu’adz bin Ab. Rahman
Bendahari : Siti Annurul ‘Ain bt Mokhtar
Juruaudit : Azlina bt Ahamat
AJK Biasa 1 : Nurulsalwan bt Sudirman
AJK Biasa 2 : Norazilah bt Taib
AJK Biasa 3 : Salwa bt Abdul Kohar
AJK Biasa 4 : Rahuda bt Rahmat
AJK Biasa 5 : Rafidah bt Manap @ Abdul Manap
6. Majlis dengan ini bersetuju untuk mendaftarkan pertubuhan ini dengan
Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia. Tugas bagi pendaftaran ini akan
diserahkan kepada setiausaha untuk menguruskannya.
7. Mesyuarat telah ditamatkan pada jam 5 petang.
Comments
Post a Comment