Lulus Daftar ROS : Persatuan Warisan Alumni SMKAJB Johor Bahru



Bismillahirrahmanirrahim.

Secara rasminya kita sudahpun dikenali sebagai 
Persatuan Warisan Alumni SMKAJB Johor Bahru
pada 20 November 2017 
dengan beberapa pindaan iaitu penggunaan alamat surat menyurat pertubuhan perlu menggunakan alamat salah seorang ahli jawatankuasa yang aktif  serta 
rekacipta logo pertubuhan tidak membenarkan lambang bulan dan bintang digunapakai. 
Perkara ini akan dibincangkan selanjutnya bersama beberapa perkara utama yang lain semasa AGM pertama nanti. 

Penerangan :

Permohonan nama asal adalah Warisan Alumni SMKAJB sahaja. Namun begitu, selepas setiausaha penaja mendapat panggilan daripada pihak ROS yang menyatakan syarat pendaftaran wajiblah dimulai dengan perkataan samada "Kelab" atau "Persatuan" bagi memudahkan mereka mengenalpasti jenis pertubuhan, seterusnya di akhir nama haruslah diikuti dengan tempat pertubuhan yang didaftarkan

Makanya, "Persatuan" ditambah di awal nama,
"Warisan Alumni SMKAJB" merupakan nama alumni asal, 
dan "Johor Bahru" adalah merupakan nama tempat alumni didaftarkan.

Diharapkan semua ahli alumni dapat bersama-sama menghadirkan diri berkongsi buah fikiran dan idea untuk memantapkan lagi perlembagaan dan struktur alumni Warisan kita melalui AGM yang akan dibuat pada 23 Disember 2017. Surat jemputan akan diberikan melalui emel masing-masing.

Untuk mendapatkan surat jemputan tersebut, para alumni dikehendaki mengemaskini butiran diri peribadi yang terkini dengan mengisi > BORANG KEAHLIAN WARISAN

Terima kasih di atas kerjasama dan sokongan semua pihak di atas tertubuhnya alumni rasmi SMKAJB. Jazakumullahu khairan kathira.



Comments

Popular posts from this blog

LATAR BELAKANG

Penghargaan tertinggi buat rakan penaja & rakan ahli jawatankuasa

Jemputan Ke Majlis Perasmian & Mesyuarat Agung Pertama Warisan