Jemputan Ke Majlis Perasmian & Mesyuarat Agung Pertama Warisan
Dengan ini, kami (selaku ahli jawatankuasa penaja) ingin menjemput Tuan & Puan ke
Majlis Perasmian & Mesyuarat Agung 1.0
Persatuan Warisan Alumni SMKAJB Johor Bahru
yang akan diadakan pada 23 Disember 2017 (cuti krismas).
Surat jemputan telahpun diedarkan kepada semua yang sudah mengisi borang keahlian.
Samada dapat hadir atau tidak, boleh tandakan pada salah satu ruang yang telah disediakan dalam RSVP melalui surat jemputan ini.
Jika Tuan Puan masih belum mendapat surat jemputan,
sila isi BORANG KEAHLIAN WARISAN ini.
Kami sepakat memilih tarikh ini dengan harapan supaya lebih ramai alumni dapat hadir semasa cuti panjang ini dan memberi ruang kepada alumni yang duduk di luar Johor agar dapat pulang ke Johor untuk bersama-sama kami dalam majlis ini nanti.
Hanya tarikh ini saja yang sangat bersesuaian dengan cuti sekolah dan cuti am.
Bawalah bersama pasangan anda dan anak-anak!
Kami akan menyediakan ruangan untuk kanak-kanak bermain sementara ibu/bapa bermesyuarat di hadapan. Jangan risau ya..
Jom ramai-ramai datang memeriahkan majlis kita!
Comments
Post a Comment