LATAR BELAKANG



Penubuhan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Johor Bahru (SMKAJB) mempunyai latar belakang sejarah yang unik dan berbeza daripada kebanyakan sekolah menengah yang lain. Sejarah awalnya bermula dengan penubuhan Kolej Tunku Ampuan Mariam (KTAM) yang merupakan hasil inisiatif Allahyarhamah Tan Sri Zainun binti Munsyi Sulaiman atau lebih dikenali sebagai Ibu Zain. Perbelanjaan pembinaan kolej ini adalah hasil daripada kutipan derma orang ramai.
(Sumber : https://ms.wikipedia.org/wiki/Sekolah_Menengah_Kebangsaan_Agama_Johor_Bahru )

SMKA Johor Bahru telah dibuka pada 1 Januari 1997 dengan perpindahan warga KTAM pada ketika itu yang terdiri daripada 17 orang guru, 5 orang kakitangan dan 207 orang pelajar perempuan dengan mengambil logo lencana sekolah yang sama.

Pada Oktober 2017, satu ahli jawatankuasa penaja telah ditubuhkan bagi memudahkan perbincangan dan urusan pendaftaran alumni WARISAN ke Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) yang terdiri daripada gabungan kumpulan/rumpun SPM 1998 dan 1999 SMKAJB serta rumpun PMR 1997 KTAM bersama dua orang penasihat/penaung  yang juga merupakan wakil PIBG SMKA Johor Bahru.

Usaha untuk menubuhkan serta mendaftarkan pertubuhan alumni WARISAN Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Johor Bahru (SMKAJB) ini merupakan hasil idea awal daripada bekas pelajar SMKAJB SPM 1999 sewaktu lawatan ke sekolah bagi sumbangan dana bantuan pada tarikh 10 September 2017 dan kemudian idea ini dikemukakan kepada Tuan Pengetua SMKAJB, Tuan Haji Azhar bin Tumin dan Penolong Kanan Pentadbiran dan Akademik, Puan Noraini binti Mohamad. Tuan Haji Azhar kemudiannya memberi keizinan dengan idea tambahan yang lain serta menyokong usaha penubuhan alumni SMKAJB ini didaftarkan bagi menjalankan aktiviti bersama alumni secara menyeluruh dan lebih aktif lagi selepas ini.

Perbincangan lanjut mengenai hala tuju, draf perlembagaan dan minit mesyuarat direkodkan bagi tujuan proses mendaftarkan alumni WARISAN ini menerusi pertemuan dalam Mesyuarat AJK Penaja pada tarikh 4 November 2017 bertempat di bilik mesyuarat SMKA Johor Bahru.

Ahli jawatankuasa penaja yang terlibat dalam usaha untuk menubuhkan, merangka draf perlembagaan  dan mendaftarkan alumni WARISAN SMKA Johor Bahru ini adalah seperti berikut :


PENASIHAT / PENAUNG : 
Shahrul Bazli bin Md Othman  (SMKAJB 1998)
Novriza bt Mohd A'arif  (SMKAJB 1998)

PENGERUSI :
 Ridhuan Syukri bin Raupon (SMKAJB 1999)

NAIB PENGERUSI :
 Siti Rabia'aah @ Siti Adawiah binti Hatmin (KTAM 1997) 

SETIAUSAHA :
 Nurkhadijah binti  Ab. Gani (SMKAJB 1999) 

NAIB SETIAUSAHA :
 Muhammad Mu'adz bin Ab Rahman (SMKAJB 1999) 

BENDAHARI :
 Siti Annurul 'Ain binti Mokhtar (SMKAJB 1999) 

JURUAUDIT :
 Azlina binti Ahamat (SMKAJB 1999)

AHLI JAWATANKUASA :
Salwa binti Abdul Kohar (KTAM 1997)
Rahuda binti Rahmat (KTAM 1997)
Rafidah binti Manap (KTAM 1997)
Nurulsalwan binti Sudirman (SMKAJB 1999)
Norazilah binti Taib (SMKAJB 1999)

Comments

Popular posts from this blog

Penghargaan tertinggi buat rakan penaja & rakan ahli jawatankuasa

Jemputan Ke Majlis Perasmian & Mesyuarat Agung Pertama Warisan