MATLAMAT PENUBUHAN



  • Mewujudkan satu sumber rasmi yang berdaftar untuk mengumpulkan dana bantuan melalui semua batch alumni secara menyeluruh supaya bantuan dapat dihulurkan kepada pihak sekolah secara berkala seterusnya membantu pihak sekolah melalui apa jua jenis cara.

  • Memperkasa dan memartabatkan profesionalisme ahli dalam bidang masing-masing dan seterusnya menjadi contoh/rujukan kepada pihak sekolah mahupun pihak lain yang boleh dimanfaatkan keseluruhannya.

  • Menjadi salah satu institusi yang menggerak, mengeratkan dan mengukuhkan hubungan muhibah, kebajikan, kerjasama, persefahaman dan kesejahteraan bekerja sesama ahli. 

  • Menjalin hubungan dan kerjasama di antara setiap batch alumni atau dengan pertubuhan alumni mahupun NGO lain yang mempunyai matlamat dan kepentingan yang serupa. 

  • Menggalakkan dan membentuk jaringan kegiatan sosial “turun ke sekolah” atau aktiviti kemasyarakatan seperti ceramah motivasi, seminar, forum dan sebagainya.

  • Mengadakan pertemuan dan mengeratkan perhubungan di kalangan ahli alumni dengan pihak sekolah atau mana-mana pertubuhan alumni yang lain bagi manfaat bersama. 


Comments

Popular posts from this blog

LATAR BELAKANG

Penghargaan tertinggi buat rakan penaja & rakan ahli jawatankuasa

Jemputan Ke Majlis Perasmian & Mesyuarat Agung Pertama Warisan