Posts

Showing posts from November, 2017

Jemputan Ke Majlis Perasmian & Mesyuarat Agung Pertama Warisan

Image
Dengan ini, kami (selaku ahli jawatankuasa penaja) ingin menjemput Tuan & Puan ke Majlis Perasmian & Mesyuarat Agung 1.0  Persatuan Warisan Alumni SMKAJB Johor Bahru yang akan diadakan pada 23 Disember 2017 (cuti krismas). Surat jemputan telahpun diedarkan kepada semua yang sudah mengisi borang keahlian.  Samada dapat hadir atau tidak, boleh tandakan pada salah satu ruang yang telah disediakan dalam RSVP melalui surat jemputan ini. Jika Tuan Puan masih belum mendapat surat jemputan,  sila isi BORANG KEAHLIAN WARISAN ini. Kami sepakat memilih tarikh ini dengan harapan supaya lebih ramai alumni dapat hadir semasa cuti panjang ini dan memberi ruang kepada alumni yang duduk di luar Johor agar dapat pulang ke Johor untuk bersama-sama kami dalam majlis ini nanti.  Hanya tarikh ini saja yang sangat bersesuaian dengan cuti sekolah dan cuti am. Bawalah bersama pasangan anda dan anak-anak!  Kami akan menyediakan ruangan untuk kanak-kanak bermain

Lulus Daftar ROS : Persatuan Warisan Alumni SMKAJB Johor Bahru

Image
Bismillahirrahmanirrahim. Secara rasminya kita sudahpun dikenali sebagai  Persatuan Warisan Alumni SMKAJB Johor Bahru pada 20 November 2017  dengan beberapa pindaan iaitu penggunaan alamat surat menyurat pertubuhan perlu menggunakan alamat salah seorang ahli jawatankuasa yang aktif  serta  rekacipta logo pertubuhan tidak membenarkan lambang bulan dan bintang digunapakai.  Perkara ini akan dibincangkan selanjutnya bersama beberapa perkara utama yang lain semasa AGM pertama nanti.  Penerangan : Permohonan nama asal adalah Warisan Alumni SMKAJB sahaja. Namun begitu, selepas setiausaha penaja mendapat panggilan daripada pihak ROS yang menyatakan syarat pendaftaran wajiblah dimulai dengan perkataan samada "Kelab" atau "Persatuan" bagi memudahkan mereka mengenalpasti jenis pertubuhan, seterusnya di akhir nama haruslah diikuti dengan tempat pertubuhan yang didaftarkan Makanya, "Persatuan" ditambah di awal nama, "Warisan Alu

Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Penaja Warisan Alumni SMKAJB

Image
Minit​ ​Mesyuarat​ ​Penubuhan​ ​Warisan​ ​SMKA​ ​Johor​ ​Bahru​ ​2017  Tarikh ​: ​4 ​November ​2017 Hari ​: ​Sabtu Masa ​: ​2.30 ​petang Tempat ​: ​Bilik ​Mesyuarat ​Guru ​Penolong ​Kanan, ​SMKA ​Johor ​Bahru. Kehadiran ​: 1. Tuan ​Shahrul ​Bazli ​bin ​Md ​Othman ​(Wakil ​Batch ​SPM ​1998) 2. Puan ​Novriza ​bt ​Mohd ​A’arif ​(Wakil ​Batch ​SPM ​1998) 3. Tuan ​Ridhuan ​Syukri ​bin ​Raupon ​(Wakil ​Batch ​SPM ​1999) 4. Puan ​Siti ​Rabi’aah ​@ ​Siti ​Adawiah ​bt ​Hatmin ​(Wakil ​KTAM ​PMR ​1997) 5. Puan ​Nurkhadijah ​bt ​Ab. ​Gani ​(Wakil ​Batch ​SPM ​1999) 6. Tuan ​Muhammad ​Mu’adz ​bin ​Ab ​Rahman ​(Wakil ​Batch ​SPM ​1999) 7. Puan ​Nurulsalwan ​bt ​Sudirman ​(Wakil ​Batch ​SPM ​1999) 8. Puan ​Norazilah ​bt ​Taib ​(Wakil ​Batch ​SPM ​1999) 9. Puan ​Salwa ​bt ​Abdul ​Kohar ​(Wakil ​KTAM ​PMR ​1997) Turut ​hadir ​: 1. Tuan ​Haji ​Azhar ​bin ​Tumin ​(Pengetua ​SMKA ​Johor ​Bahru) Agenda ​mesyuarat ​: 1.​ ​Ucapan​ ​Pengerusi​ ​Penubuhan  Tuan ​Ridhua

Pembentangan kertas kerja penubuhan WARISAN

Image
Pada 29 Oktober 2017, AJK Penaja Warisan yang diwakili oleh Puan Novriza Arif (Penasihat/Penaung), Puan Khadijah Gani (Setiausaha) dan Tuan Muhammad Mu'adz (Naib Setiausaha) telah berjumpa Tuan Pengetua SMKA Johor Bahru Ustaz Azhar dan Ustaz Azmi bin Mamat untuk membincangkan kertas kerja penubuhan Warisan sebelum didaftarkan secara rasmi di ROS. Alhamdulillah, Ustaz Azhar menyambut baik segala cadangan seperti yang dikemukan di dalam kertas kerja tanpa sebarang pindaan. Ustaz Azhar juga mengalu-alukan penubuhan rasmi Warisan bagi tujuan mengumpulkan kembali semua bekas pelajar, guru dan kakitangan SMKAJB dan Kolej Tunku Ampuan Mariam yang terdahulu agar lebih banyak lagi program dan kerjasama yang dapat dilakukan di sekolah secara aktif di masa hadapan. Kami juga dibawa melihat bilik khas yang disediakan pihak sekolah untuk Warisan. Di dalam mesyuarat ini kami telah menerima kebenaran dan persetujuan Ustaz Azhar serta pihak sekolah untuk meneruskan proses penda