Program Pertama Alumni WARISAN 2018









Alhamdulillah selesai sudah program alumni yang pertama bagi tahun ini bersama 107 orang pelajar tingkatan 3 SMKAJB tengahari tadi.

Terima kasih buat pihak sekolah khususnya kaunselor sekolah Puan Khamrina dan Puan Amalina kerana sudi memberi ruang dan peluang untuk AJK alumni Warisan memulakan sesi perkenalan ini di saat last minute. Selepas ini, kita akan merangka program bulanan ini lebih awal dengan menyusun giliran speakers mengikut batch, Insha Allah.

Dalam program kali ini, kami memperkenalkan diri sebagai AJK Warisan dan mengapa platform ini diwujudkan selain topik utama yang dikongsikan pengalaman melalui sudut pandang yang berbeza daripada semua AJK yang hadir pagi tadi.

Di antaranya, persediaan menghadapi PT3, bagaimana mengenali potensi diri dan apa halatuju yang perlu difikirkan selepas PT3 dan seterusnya SPM kelak. Speakers rata rata berkongsi mengenai pengalaman diri dan latar belakang pendidikan serta kerjaya yang berbeza dan sifat-sifat mahmudah yang pelajar perlu amalkan bagi memperoleh keberkatan ilmu dan sepanjang kehidupan.

Semoga apa yang dikongsikan kepada para pelajar hari ini menjadi titik perubahan kecil dalam kehidupan mereka sebagai seorang anak dan pelajar yang lebih baik daripada hari semalam. Insha Allah.

Terima kasih buat semua speakers yang merupakan AJK Warisan buat pertama kalinya menjayakan Sharing Session bersama pelajar pada hari ini. Semoga usaha kita memperoleh keberkatan daripada Yang Esa dan menjadi jariah berpanjangan.

Amin.

P/s : Kami mengalu-alukan mana-mana ahli alumni yang mempunyai kepakaran Dan pengalaman untuk dikongsikan dengan mengemukakan apa saja topik bagi Sharing Session bersama pelajar. Beritahu saja kami nanti kami akan susunkan jadual sharing untuk anda ya. 😊

#masauntukkembalikesekolah
#sirehpulangkegagang
#alumniwarisan

Comments

Popular posts from this blog

LATAR BELAKANG

Penghargaan tertinggi buat rakan penaja & rakan ahli jawatankuasa

Jemputan Ke Majlis Perasmian & Mesyuarat Agung Pertama Warisan