Meriah!




Alhamdulillah! Syukur ke hadrat Allah s.w.t.

Setinggi-tinggi kesyukuran dan penghargaan buat kesemua 73 orang bekas pelajar bersama keluarga masing-masing serta 8 orang bekas guru bersama pasangan yang sudi hadir bersama-sama menjayakan Majlis Perasmian & Mesyuarat Agung Pertama Persatuan Warisan Alumni SMKAJB Johor Bahru yang telah berlangsung pada 23 Disember 2017 yang lalu.

Kami amat menghargainya.

Majlis bermula pada jam 2.30 petang dan berakhir kira-kira jam 6.15 petang.

Dengan ini, bagi pihak Ahli Jawatankuasa Penaja Warisan ingin memohon ampun dan maaf di atas kekurangan dan kekhilafan kami sepanjang majlis yang berlangsung serta beberapa perubahan tentatif yang terpaksa dibuat berikutan kesuntukan masa pada hari tersebut.

Teruskan sokongan kalian dengan memberi sepenuh kerjasama dan mandat kepercayaan kepada semua Ahli Jawatankuasa tetap Warisan yang telah dilantik bagi menerajui kepimpinan Warisan bagi dua tahun akan datang. 

Tahniah buat barisan kepimpinan baru yang telah dilantik bagi sesi 2018-2020. Semoga terus maju jaya menerajui alumni ini dan mohon semua ahli bersama sama memberi sokongan kepada semua AJK tetap yang dilantik menjalankan tugas.


BARISAN KEPIMPINAN WARISAN BAGI TAHUN 2018-2020

Pengerusi :
Hj Shahrul Bazli Md Othman (batch 1998) 

Naib Pengerusi : 
Amalina Iskandar (batch 2000) 

Setiausaha: 
Nurulsalwan Sudirman (batch 1999) 

Naib Setiausaha : 
Farrah Hayati (batch 2000) 

Bendahari : 
Nurul Asyikin Ngadiso (ktam 1997) 

Juruaudit dalaman: 
Noraida Rahmat (2001) 

AJK Sokongan : 
1. Ridhuan Syukri Raupon (1999)
2. Afiq Shukor (2008)
3. Muhammad Dhiyyaudeen (2008) 
4. Ahmad Shafiq (2009) 
5. Juwairiyah (2007)

.

Terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan majlis samada secara langsung mahupun yang tidak langsung. Semoga kita berjumpa lagi dalam aktiviti-aktiviti alumni di sekolah bermula tahun 2018 nanti, insha Allah.

Sebarang cadangan atau pertanyaan boleh dikemukakan ke warisansmkajb@gmail.com

Terima kasih.

Nota : Banyak lagi gambar boleh dilihat di sini - https://www.facebook.com/groups/WarisanAlumniSMKAJB/


"Celebrating 20 years of excellence."





























Comments

Popular posts from this blog

LATAR BELAKANG

Penghargaan tertinggi buat rakan penaja & rakan ahli jawatankuasa

Jemputan Ke Majlis Perasmian & Mesyuarat Agung Pertama Warisan