Posts

Showing posts from 2018

Program Pertama Alumni WARISAN 2018

Image
Alhamdulillah selesai sudah program alumni yang pertama bagi tahun ini bersama 107 orang pelajar tingkatan 3 SMKAJB tengahari tadi. Terima kasih buat pihak sekolah khususnya kaunselor sekolah Puan Khamrina dan Puan Amalina kerana sudi memberi ruang dan peluang untuk AJK alumni Warisan memulakan sesi perkenalan ini di saat last minute. Selepas ini, kita akan merangka program bulanan ini lebih awal dengan menyusun giliran speakers mengikut batch, Insha Allah. Dalam program kali ini, kami memperkenalkan diri sebagai AJK Warisan dan mengapa platform ini diwujudkan selain topik utama yang dikongsikan pengalaman melalui sudut pandang yang berbeza daripada semua AJK yang hadir pagi tadi. Di antaranya, persediaan menghadapi PT3, bagaimana mengenali potensi diri dan apa halatuju yang perlu difikirkan selepas PT3 dan seterusnya SPM kelak. Speakers rata rata berkongsi mengenai pengalaman diri dan latar belakang pendidikan serta kerjaya yang berbeza dan sifat-sifat m

Penghargaan tertinggi buat rakan penaja & rakan ahli jawatankuasa

Image
Alhamdulillah! Terima kasih tidak terhingga kami buat semua ahli alumni yang sudi memberikan buah fikiran, khidmat tenaga sukarela dan penajaan kewangan (cash) mahupun berbentuk barangan (in-kind) bagi tujuan majlis ini berjalan lancar dan meriah. Samada daripada syarikat perniagaan kepada orang perseorangan, kami mendoakan agar usahasama ini tetap dapat diteruskan pada masa akan datang. Semoga Allah memberkati usaha kalian seadanya dan dikurniakan Allah dengan rezeki yang berlipat kali ganda. Amin. Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH) DeXandra Zulfa Motor Transportation Vision Meps Consultation HS Imtiyaz Shop {Alumni SMKAJB 2001} AiPro Service & Trading Enofieoushoppe Sarwa Studio {Alumni SMKAJB 2000} Young Living – Tim Hujan Minyak Jibril Corner Kasturi Emas   ANH Events {Alumni KTAM 1997} Nuun Uswah – RS Collection Dominos Pizza Johor Bahru Tazbay Studio Tazbay Car Rental Coway Malaysia Bank Muamalat Kebun Teh

Meriah!

Image
Alhamdulillah! Syukur ke hadrat Allah s.w.t. Setinggi-tinggi kesyukuran dan penghargaan buat kesemua 73 orang bekas pelajar bersama keluarga masing-masing serta 8 orang bekas guru bersama pasangan yang sudi hadir bersama-sama menjayakan Majlis Perasmian & Mesyuarat Agung Pertama Persatuan Warisan Alumni SMKAJB Johor Bahru yang telah berlangsung pada 23 Disember 2017 yang lalu. Kami amat menghargainya. Majlis bermula pada jam 2.30 petang dan berakhir kira-kira jam 6.15 petang. Dengan ini, bagi pihak Ahli Jawatankuasa Penaja Warisan ingin memohon ampun dan maaf di atas kekurangan dan kekhilafan kami sepanjang majlis yang berlangsung serta beberapa perubahan tentatif yang terpaksa dibuat berikutan kesuntukan masa pada hari tersebut. Teruskan sokongan kalian dengan memberi sepenuh kerjasama dan mandat kepercayaan kepada semua Ahli Jawatankuasa tetap Warisan yang telah dilantik bagi menerajui kepimpinan Warisan bagi dua tahun akan datang.  Tahniah b