Posts

Showing posts from March, 2018

Program Pertama Alumni WARISAN 2018

Image
Alhamdulillah selesai sudah program alumni yang pertama bagi tahun ini bersama 107 orang pelajar tingkatan 3 SMKAJB tengahari tadi. Terima kasih buat pihak sekolah khususnya kaunselor sekolah Puan Khamrina dan Puan Amalina kerana sudi memberi ruang dan peluang untuk AJK alumni Warisan memulakan sesi perkenalan ini di saat last minute. Selepas ini, kita akan merangka program bulanan ini lebih awal dengan menyusun giliran speakers mengikut batch, Insha Allah. Dalam program kali ini, kami memperkenalkan diri sebagai AJK Warisan dan mengapa platform ini diwujudkan selain topik utama yang dikongsikan pengalaman melalui sudut pandang yang berbeza daripada semua AJK yang hadir pagi tadi. Di antaranya, persediaan menghadapi PT3, bagaimana mengenali potensi diri dan apa halatuju yang perlu difikirkan selepas PT3 dan seterusnya SPM kelak. Speakers rata rata berkongsi mengenai pengalaman diri dan latar belakang pendidikan serta kerjaya yang berbeza dan sifat-sifat m