Posts

Showing posts with the label Matlamat

Jemputan Ke Majlis Perasmian & Mesyuarat Agung Pertama Warisan

Image
Dengan ini, kami (selaku ahli jawatankuasa penaja) ingin menjemput Tuan & Puan ke Majlis Perasmian & Mesyuarat Agung 1.0  Persatuan Warisan Alumni SMKAJB Johor Bahru yang akan diadakan pada 23 Disember 2017 (cuti krismas). Surat jemputan telahpun diedarkan kepada semua yang sudah mengisi borang keahlian.  Samada dapat hadir atau tidak, boleh tandakan pada salah satu ruang yang telah disediakan dalam RSVP melalui surat jemputan ini. Jika Tuan Puan masih belum mendapat surat jemputan,  sila isi BORANG KEAHLIAN WARISAN ini. Kami sepakat memilih tarikh ini dengan harapan supaya lebih ramai alumni dapat hadir semasa cuti panjang ini dan memberi ruang kepada alumni yang duduk di luar Johor agar dapat pulang ke Johor untuk bersama-sama kami dalam majlis ini nanti.  Hanya tarikh ini saja yang sangat bersesuaian dengan cuti sekolah dan cuti am. Bawalah bersama pasangan anda dan anak-anak!  Kami akan menyediakan ruangan un...

Lulus Daftar ROS : Persatuan Warisan Alumni SMKAJB Johor Bahru

Image
Bismillahirrahmanirrahim. Secara rasminya kita sudahpun dikenali sebagai  Persatuan Warisan Alumni SMKAJB Johor Bahru pada 20 November 2017  dengan beberapa pindaan iaitu penggunaan alamat surat menyurat pertubuhan perlu menggunakan alamat salah seorang ahli jawatankuasa yang aktif  serta  rekacipta logo pertubuhan tidak membenarkan lambang bulan dan bintang digunapakai.  Perkara ini akan dibincangkan selanjutnya bersama beberapa perkara utama yang lain semasa AGM pertama nanti.  Penerangan : Permohonan nama asal adalah Warisan Alumni SMKAJB sahaja. Namun begitu, selepas setiausaha penaja mendapat panggilan daripada pihak ROS yang menyatakan syarat pendaftaran wajiblah dimulai dengan perkataan samada "Kelab" atau "Persatuan" bagi memudahkan mereka mengenalpasti jenis pertubuhan, seterusnya di akhir nama haruslah diikuti dengan tempat pertubuhan yang didaftarkan Makanya, "Persatuan" ditambah di awal nama, "Warisan Alu...

Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Penaja Warisan Alumni SMKAJB

Image
Minit​ ​Mesyuarat​ ​Penubuhan​ ​Warisan​ ​SMKA​ ​Johor​ ​Bahru​ ​2017  Tarikh ​: ​4 ​November ​2017 Hari ​: ​Sabtu Masa ​: ​2.30 ​petang Tempat ​: ​Bilik ​Mesyuarat ​Guru ​Penolong ​Kanan, ​SMKA ​Johor ​Bahru. Kehadiran ​: 1. Tuan ​Shahrul ​Bazli ​bin ​Md ​Othman ​(Wakil ​Batch ​SPM ​1998) 2. Puan ​Novriza ​bt ​Mohd ​A’arif ​(Wakil ​Batch ​SPM ​1998) 3. Tuan ​Ridhuan ​Syukri ​bin ​Raupon ​(Wakil ​Batch ​SPM ​1999) 4. Puan ​Siti ​Rabi’aah ​@ ​Siti ​Adawiah ​bt ​Hatmin ​(Wakil ​KTAM ​PMR ​1997) 5. Puan ​Nurkhadijah ​bt ​Ab. ​Gani ​(Wakil ​Batch ​SPM ​1999) 6. Tuan ​Muhammad ​Mu’adz ​bin ​Ab ​Rahman ​(Wakil ​Batch ​SPM ​1999) 7. Puan ​Nurulsalwan ​bt ​Sudirman ​(Wakil ​Batch ​SPM ​1999) 8. Puan ​Norazilah ​bt ​Taib ​(Wakil ​Batch ​SPM ​1999) 9. Puan ​Salwa ​bt ​Abdul ​Kohar ​(Wakil ​KTAM ​PMR ​1997) Turut ​hadir ​: 1. Tuan ​Haji ​Azhar ​bin ​Tumin ​(Pengetua ​SMKA ​Johor ​Bahru) Agenda ​mesyuarat ​: 1.​ ​Ucapan​ ​Pengerusi​ ​Penubuhan  Tua...

MATLAMAT PENUBUHAN

Image
Mewujudkan satu sumber rasmi yang berdaftar untuk mengumpulkan dana bantuan melalui semua batch alumni secara menyeluruh supaya bantuan dapat dihulurkan kepada pihak sekolah secara berkala seterusnya membantu pihak sekolah melalui apa jua jenis cara. Memperkasa dan memartabatkan profesionalisme ahli dalam bidang masing-masing dan seterusnya menjadi contoh/rujukan kepada pihak sekolah mahupun pihak lain yang boleh dimanfaatkan keseluruhannya. Menjadi salah satu institusi yang menggerak, mengeratkan dan mengukuhkan hubungan muhibah, kebajikan, kerjasama, persefahaman dan kesejahteraan bekerja sesama ahli.  Menjalin hubungan dan kerjasama di antara setiap batch alumni atau dengan pertubuhan alumni mahupun NGO lain yang mempunyai matlamat dan kepentingan yang serupa.  Menggalakkan dan membentuk jaringan kegiatan sosial “turun ke sekolah” atau aktiviti kemasyarakatan seperti ceramah motivasi, seminar, forum dan sebagainya. Mengadakan pertemuan dan mengeratkan perhubu...